Pada 22 Feb 2009 kami mengadakan konsultasi belia di Kg. Babagon. Ini adalah konsultasi kedua selepas konsultasi yang kami buat di Kg. Timpangoh pada minggu lepas. Dari team KBP ada 6 orang yang datang. Saya, Marcellus, Flevia, Jack, Sonny dan Sabinus yang datang menjayakan aktiviti ini. Jumlah belia yang terlibat dalam konsultasi di Kg. Babagon ini ialah 26 orang sahaja.
Aktiviti kami bermula pada jam 11.am (missa jam 9.am orang Father Alex). Jam 10.45am Flevia dan team membawa belia menyanyi sebelum sesi pertama bermula. Semua enjoy kalau pasal menyanyi bah kan. Semua yang datang dengan lantang menyanyi dan mengayakan aksi mengikut lagu. Enjoy lah bah katakana….
Tepas jam 11.am kami memulakan aktiviti dimana perjelasan tentang konsultasi. Jam 11.15am kami memulakan sesi perbincangan isu pertama. Jam 12.00pm kami memulakan sesi perbincangan kedua. Tepat jam 12.30pm kami pun makan mihun goreng. 1.pm kami memulakan sesi perbincangn ketiga dan tamat pada jam 1.45pm (seingat saya lah). Kami membuat doa penutup dan seterusnya mengambil gambar berkumpulan. Next destination kami ialah Kg. Kibunut pada 1 March 2009.