Wednesday, December 31, 2008

Membersihkan dan mencantikan Groto - Jul 2007


Aktiviti ketiga gabungan 1 memang memenatkan. Apa tidak kena berpanas untuk membersihkan groto St. Peter and Paul Babagon. Groto ini memang setiap tahun akan dibersihkan oleh KBP Zon 1 Babagon sendiri. Memandangkan ahli KBP zon lain mahu melawat, maka inilah dia akibatnya. Kami mencabut rumput-rumput dan mengecat semula groto supaya ia nampak lebih cantik. Kesian budak-budak tu berpanas.

Beberapa ahli KBP dari gabungan lain datang menjenguk kami seperti Felix Meo dan Milford dari Tombovo. Selepas aktiviti mencantikan groto, ahli KBP dijamu minum air kelapa (saya lagi yang panjat tu).

Aktiviti seterusnya ialah aktiviti mandi sungai Babagon. Semua menunggu saat ini setelah berpeluh dan berpanas membersihkan groto. Sebelum mandi sungai, kami mengadakan jamuan kecil-kecilan bagi mengisi perut. Lepas tu..mandiiiii.

Lawatan Ke Chapel St. Joseph Pogunon - Jul 2007


Ahh..aktiviti kedua gabungan 1 ialah melawat Chapel St. Joseph Pogunon. Ini adalah lawatan kami yang kedua dimana lawatan pertama dibuat sewaktu bulan belia 2006. Misi kami dalam lawatan ini ialah melawat ahli belia disana, menjayakan sembayang (koir)dan melihat-lihat bunga yang kami tanam di tahun 2006 (inda hidup, kena makan karabau).
Selepas sembayang, kami adakan sedikt ice breaking dan lepas tu adakan jamuan makan sedikit. Pengerusi Komiti St. Joseph Pogunon amat berterima kasih di atas lawatang gabungan 1 ini ke chapel mereka. Chapel ini merupakan chapel terbaru dibina di Parish Penampang.

Aktiviti Pertama Bulan Belia Gab. 1 - Jul 2007


Aktiviti pertama gabungan 1 ialah rosary prayer di St. Marcellinus Minontod. Kami buat malam tu. Setiap Zon dikehendaki membuat satu doa rosary. Lebih kurang 7 KBP dari Zon 1 datang ke rosary prayer ini.
Selepas aktiviti rosary prayer itu, kami adakan jamuan portluck kecil-kecilan kepada ahli KBP yang hadir.
Walaupun aktiviti ini nampak simple tetapi ia penting untuk mengeratkan hubungan ahli KBP dalam gabungan 1.

Perasmian Bulan Belia Parish Penampang 2007


Pada 30 June 2007, sekali lagi kami berkumpul di Inobong untuk merasmikan pembukaan bulan belia Parish Penampang. Julai merupakan bulan yang dipilih oleh belia Penampang untuk berkumpul dan membuat aktiviti.
Belia-belia di Penampang di bahagikan kepada 4 gabungan dan setiap gabungan mempunyai 4 Zon. Zon 1 dimasukan kedalam gabungan 1. Gabungan 1 ialah; Zon 1 Babagon,Zon 2 Inobong, Zon 3 Kolopis dan Zon 4 Minintod.

Aktiviti Gabungan 1 dalam bulan Julai 2007 ialah;
Lawatan Ke St. Joseph Pogunon, Aktiviti membersihkan groto di St. Peter & Paul Babagon, rosary di St. Marcellinus Minontod dan sukaneka di padang Pagansakan.

120 Tahun Khabar Gembira - Penutup


Pada 17 June 2007, Parish Penampang menutup perayaan 120 tahun khabar gembira bertapak di Penampang. Ia dibuat di gereja Inobong. KBP Zon 1 terlibat dalam acara sumazau (perarakan masuk dan keluar) serta koir.


Bagi peserta sumazau, ahli KBP akan berpakaian tradisional. Ia satu pengalaman yang menarik kerana setiap zon menghatar 10 pasang penari.

Kenapa parish Penampang memgenang peristiwa ini? Ini merupakan ucapan syukur kepada Tuhan kerana kedatangan khabar gembira ke Penampang dimana Kg. Inobong merupakan tapak pertama agama Kristian Katolik bermula di daerah Penampang. Itu 120 tahun yang lepas.

Shalom

Shalom. Blog ini dikhaskan kepada ahli-ahli KBP Zon 1 Babagon Penampang Sabah. Semua aktiviti bergambar akan dimasukan di dalam blog ini.
Ini adalah satu cara mendokumentasi aktiviti kami. Dalam tahun 2009 ini kami berharap lebih banyak aktiviti yang dapat kami jalankan.
God Bless and Happy New Year 2009