Monday, February 23, 2009

Konsultasi Belia Kg. Babagon, 22 Feb 09


Pada 22 Feb 2009 kami mengadakan konsultasi belia di Kg. Babagon. Ini adalah konsultasi kedua selepas konsultasi yang kami buat di Kg. Timpangoh pada minggu lepas. Dari team KBP ada 6 orang yang datang. Saya, Marcellus, Flevia, Jack, Sonny dan Sabinus yang datang menjayakan aktiviti ini. Jumlah belia yang terlibat dalam konsultasi di Kg. Babagon ini ialah 26 orang sahaja.

Aktiviti kami bermula pada jam 11.am (missa jam 9.am orang Father Alex). Jam 10.45am Flevia dan team membawa belia menyanyi sebelum sesi pertama bermula. Semua enjoy kalau pasal menyanyi bah kan. Semua yang datang dengan lantang menyanyi dan mengayakan aksi mengikut lagu. Enjoy lah bah katakana….

Tepas jam 11.am kami memulakan aktiviti dimana perjelasan tentang konsultasi. Jam 11.15am kami memulakan sesi perbincangan isu pertama. Jam 12.00pm kami memulakan sesi perbincangan kedua. Tepat jam 12.30pm kami pun makan mihun goreng. 1.pm kami memulakan sesi perbincangn ketiga dan tamat pada jam 1.45pm (seingat saya lah). Kami membuat doa penutup dan seterusnya mengambil gambar berkumpulan. Next destination kami ialah Kg. Kibunut pada 1 March 2009.

Konsultasi di Kg. Timpangoh, Babagon


Pada 15 Feb 2009, Konsultasi di kawasan Zon 1 bermula dimana kampung pertama menjadi sasaran ialah Kg. Timpangoh. Jauh juga ni tempat ni, atas bukit lagi. Boleh nampak satu kampung Babagon. Jam 7am kami berkumpul di “sulap’ menjual nenas kg. Babagon untuk pengangkutan.

Team KBP yang terlibat ialah saya, Flevia, Marcellus, Sonny@Ryan@Yoyou dan kawan Flevia yang tidak sempat saya tanya nama. Kami mengikuti sembayang minggu disana. Lama kami tidak datang ke kampung ini untuk mengikuti sembayang atau membuat aktiviti. Jadi ini jugalah peluang jalan-jalan cari makan.

Jam 9.am kami memulakan sesi pertama dan seramai 19 orang belia yang terlibat. Yang menarik tentang konsultasi kami di Kg. Timpangoh ini ialah penglibatan ‘team beliau’ dalam konsultasi ini. Mereka juga ingin meluahkan pandangan mereka tengtang perkembangan belia di Kg. Timpangoh. Kami membahagikan kumpulan kepada 3 (2 kumpulan belia dan 1 kumpulan ‘beliau”). Apa yang dibincangan amat menarik kerana ada pandangan dari dua arah dimana belia dan ‘team beliau’ masing-masing dengan pandangan masing-masing.

Kira-kira jam 11.30am aktiviti kami tamat. Pengerusi komiti sana Encik Benjamin Suling membuat doa penutup dan doa makan. Jam 11.45am kami pun makanlah….best juga dapat makan free ni. Satu pengalaman menarik kerana kami dihantar pula sampai rumah masing-masing (tambang pengangkutan pun free).

Monday, February 9, 2009

Konsultasi Belia

Team Pelayanan Belia Paroki menganjurkan satu aktiviti Konsultasi Belia. Makna Konsultasi ialah berdiskusi atau berbincang. Dalam aktiviti ini akan dibincangkan permasalan belia, belia masa kini dan keperluan belia di kawasan masing-masing.
Di Zon 1 Babagon, seisi konsultasi akan bermula pada;

Pada 15 Feb - Kg. Timpangoh Babagon
Pada 22 Feb - Kg. Babagon
Pada 1 March - Kg Kibunut

Dan untuk peringkat Zon dimana semua ahli KBP dari Kipouvo hingga ke Kinubut akab berkumpul di St. Peter and Paul pada 15 MARCH 2009.

Harap maklum.