Thursday, January 29, 2009

Carta organisasi KBP Zon 1 Babagon

KBP Zon 1 Babagon telah mengadakan mesyuarat pada 22 June 2008 untuk membincangkan pemilihan kordinator serta AJK KBP Zon 1 Babagon bagi sesi 2008/2010.

Berikut ialah carta organisasi KBP Zon 1 Babagon yang terbaru;

Kordinator : Saudara Marcellus Marcus
Penolong 1 : Saudara Widy Marius (Babagon)
Penolong 2 : Saudara Jack Mainin (Timpoluon)
Penolong 3 : Saudara Louis Irik (Rugading)
Penolong 4 : Saudara Lesli Justin (Tampasak)
Penolong 5 : Saudari Flevia Johnny (Notoruss)
Penolong 6 : Saudari Sarah Francis (Madsiang)

Setiausaha : Saudari Nancy Johannes
Penolong Setiausa : Saudari Melly Lingkuman

Bendahari : Puan Millicent Jane Fernandiz
Penolong Bendahari : Saudari Flevia Johnny

AJK : Saudara Alex Johannes (Tampasak)
: Saudara Mitchel Albanus (Tampasak)
: Saudari Morie Agustine (Babagon)
: Saudari Seina Agustine (Babagon)
: Saudara Zeno Fedelis (Babagon)
: Saudari Winnie Lawrence (Madsiang)
: Sauadara Rofino Engkim (Madsiang)

Harap maklum...

Friday, January 23, 2009

Carols by Candelight - 20 Dec 08


Pada 20 December 2008 TPBP menanjurkan aktiviti tahunan sebelum Krismas iaitu Carols by Candelight. Tombovo diamanahkan untuk menjadi tuan rumah aktiviti ini pada 2008. Kami hanya sempat praktis 2 hari untuk lagu yang diberikan kepada kami. Lagu kami ialah ‘GLORIA”.

Dari zon 1 Babagon, saya angarkan lebih 45 orang ahli KBP yang ikut serta. Ramai yang ikut last minit..bah macam biasalah kan.. Tapi ini adalah petanda baik yang ahli KBP masih dahagakan aktiviti seperti ini.
Kami bertolak dari Babagon pada jam 4.15 petang. Tiga van penuh, 2 kancil serta kereta saya pergi ke Tombovo..nasib baik muat semua, kalau tidak ada yang menangis inda dapat pergi.

Kami mengikuti missa jam 5pm di Tombovo dimana ialah disempurnakan oleh Father Alex. Separuh dari kami lepak di luar sebab di dalam chapel sudah penuh. Yang dapat masuk awal tu dapatlah tempat duduk. Yang diluar terpaksa duduk atas rumput sebab inda cukup kerusi…

Jam 7 malam, Carols by Candelight pun bermula. Zon 1 adalah penyanyi ke-10. Inda ada gitar lagi (last year pun macam tu). Di kiri kami ialah Zon 2 Inobong dan kanan ialah Zon 13 Moyog. Saya rasa semua menyanyi dengan penuh semangat…! Selepas semua Zon mempersembahkan lagu masing-masing, kami ke dewan untuk mendengar zon mana yang akan menjadi tuan rumah tahun depan. Tuan rumah tahun depan ialah “ZON 3 KOLOPIS”. Belum lagi saya menjejakkan kaki ke gereja Kolopis ni.

Aktiviti yang ditunggu-tunggu ialah aktiviti makan. Semua zon ada menyediakan makanan untuk ahli KBP masing-masing. Kami masak mihun goreng untuk ahli KBP zon 1. Itupun makanan yang disediakan tidak cukup. Kesian gia…

Semua gambar ini saya dapat dalam friendster sonny Ryan@yoyou...

Tuesday, January 20, 2009

Gambar-gambar aktiviti lepas

Shallom,
Kawan-kawan, kalau kamu masih menyimpan gambar-gambar lama aktiviti KBP yang lepas bolehlah diberikan kepada saya. Tidak kira dalam hardcopy atau softcopy, yang penting adalah dan saya akan masukkan dalam blog kita ini.
Kalau ada sesiapa yang ada gambar dalam friendter atau facebook boleh inform saya seperti yang Amy dan Sonny buat. So saya boleh grab itu gambar dan masukkan gambar kamurang dalam blog ini.

Tuesday, January 6, 2009

Add coments

Jangan malu-malu untuk add komen di dalam blog ni kio. Kalau ada cadangan aktiviti pun boleh bincang sini..kalau ada gambar aktiviti kita yang lama pun boleh bagi saya berserta cerita kamu untuk saya post-kan.

Monday, January 5, 2009

Mini Youth Camp – 15-16 September 2007

Ini adalah aktiviti kerohanian terbesar kami buat untuk ahli KBP Zon 1dan Zon 13. Lama sudah kami plan ini aktiviti. Kami buat aktiviti ini di Pace Bane Kg. Purak Papar. Sister yang mengalu-alukan kedatangan kami ialah Sister Lawrencia Gompok. Peramah sister ni. Keluarga dia ni ada satu father dan nama dia Father Valentine Gompok (father ni based di Cheras KL, saya biasa dengar homili dia waktu saya kerja di KL). Dan, satu lagi ahli keluarga dia aktif dalam pelayanan, iaitu Bro. Herbertus Gompok yang juga merupakan penceramah kedua kami. Tema Mini Youth Camp kami ialah : Lakukanlah Segala Pekerjaanmu Dalam Kasih. 2 Korintus 16:14. Tujuan kami ialah mendalami pesan Bapa Suci di tahun 2007 (Sama seperti Aku telah mengasihi kamu, demikian pula kamu harus saling mengasihi – Yohanes 13: 34). Dalam perancangan kami hanya 30 orang belia sahaja yang akan datang ke Mini Youth Camp ni memandangkan promosi hanya sebulan sahaja. 1 minggu lagi ke camp ni makin ramai pula ahli KBP yang mahu menyertai. Saya difahamkan, on the last day mau pergi itu camp pun ada yang datang (waktu tu saya ada miting di Papar). Ada satu orang KBP dari Zon 2 yang ikut kami. Bah bagus juga lah kan…Peserta yang confirm yang datang untuk itu camp ialah 52 orang. God Bless because kami tidak expect macam itu ramai yang datang. Sampai di Pace Bane, peserta di berikan bilik masing-masing dan selepas itu komiti membuat ice breaking dan cabutan guardian angel.Selepas makan tengahari kami adakan aktiviti praise and worship dimana dipimpin oleh Cik. Flevia dan Widy Marius@Gumi dan muzik oleh Marcellus. Selepas itu, kami adakan aktiviti kumpulan 1 (dipimpin oleh saya). Pada pukul 4 begitu aktiviti kami tamat dan semua bersedia untuk ke misa kudus oleh Father. Joseph Dapoz pada jam 6.00 petang. Oii..lama tidak mendengar Father. Joseph Dapoz buat homili. Selepas misa dan makan malam, kami adakan ceramah dan penceramah kami ialah Sister Judith dari Limbahau Papar. Ceremah beliau bertajuk Pelayanan Oleh Belia dan Cabaranya. Beliau menyatakan pelayanan belia banyak di”ganggu” oleh budaya kuning dari barat dan belia terjerumus ke kancah dadah dan hubungan seks sebelum kahwin (intipati yang saya dapat..hehehe). Ke-esokan harinya, kami adakan memory refreshing tentang apa yang telah dipelajari hari berikutnya. Selepas itu kami jalankan aktiviti kumpulan 2 dan 3. Dalam aktiviti kumpulan ini, semua peserta akan mengadakan bersaing dalam games dan selepas games itu kami membincangkan moral dan kaitannya dengan ajaran kasih. Susah juga buat presentation dia ni, banyak yang mahu jawab soalan kerana ada hadiah mah… Jam 10.30 pagi penceramah kami yang ke-2 iaitu Bro. Herbertus tiba dan ceramah beliau bertajuk Kasih – Kenapa Ia Penting Dan Apakah Ganjarannya? (1 Korintus 13: 1-13). Beliau telah berkonsi dengan kami pelayanan beliau di Kota Marudu, Stella Maris dan juga sekolah-sekolah lamanya. Agak melucukan ceramah beliau kerana dia memang kelakar lah…Lepas ceramah kami pun bergambar bersama. Selepas makan tengahari kami adakan aktiviti bertukar-tukar hadiah dengan guardian angel masing-masing. Best juga. Selepas itu kami bergambar beramai-ramai di depan Pace Bane Centre dengan Sister. Lawrencia. Jam 2 petang kami bersiap-sedia untuk pulang.

SYD 2 di Ranau – 19-22 Ogos 2008


32 orang ahli KBP dari Zon 1 Babagon telah mengikuti SYD 2 yang bertempat di Ranau. Penyertaan ini agak ramai dan saya difahamkan ia lebih banyak yang pergi kali ini dari SYD 1 di Keningau. Strategi kami ialah yuran kenderaan akan dibayar oleh Komiti dan KBP Zon 1 sendiri serta promosi yang awal. Penyertaan dari KBP Kg. Kipouvo paling ramai iaitu seramai 15 orang.

Saya pasti ramai belia ini tertunggu-tunggu akan kedatangan SYD 2 setelah mendengarnya dari kawan-kawan dan promosi yang dijalankan oleh Komiti SYD 2 Penampang. Bermula dari penerimaan Salib belia hinggalah promosi dari chapel ke chapel oleh Komiti SYD 2.

Pada 19 Ogos 2008, peserta SYD 2 Penampang berkumpul di Kompleks Sukan Penampang untuk taklimat terakhir dan kemudian menaiki bas ke Ranau. Banyak bas dia, saya ingat lebih 10 buah..Semua peserta nampak gembira kerana bakal ke Ranau untuk berkongsi kasih Tuhan.

Di Ranau, saya difamkan setiap peserta perempuan akan tinggal di rumah keluarga angkat manakala lelaki tinggal di dewan (betul bah kan…). Saya difahamkan juga terdapat acara debat, tematik, doa, praise and worship..uhhh..enjoy diurang ni.
Pada 22 Ogos 2008, semua peserta balik dari SYD 2 dengan hati yang gembira…saya dingar SYD 3 empat tahun dari sekarang akan diadakan diiii…TAMBUNAN. Uiii..dakat saja tu…

Friday, January 2, 2009

Sukaneka Ahli KBP Zon 1 - 5/08/07


Permintaan untuk sukaneka agak banyak kerana ahli KBP Zon 1 jarang keluar bersukan bersama-sama. Akhirnya, kami mengadakan permainan fustal dan juga aktiviti mandi laut untuk ahli KBP Zon 1 dan Zon 13 Moyog. Ramai belia menyahut promosi kami ni..kalau sukan memang ramai yang datang ni..
Untuk fustal, kami aturkan 1 jam untuk lelaki dan 1 jam untuk perempuan di fustal centre Donggongon. Kami menambah 1 jam lagi untuk lelaki kerana ramai pula pemain handalan yang muncul.

Lebih kurang jam 12 tengahari, kami bertolak ke pantai Tanjung Aru untuk aktiviti mandi laut pula. Kami juga menyediakan makanan tengahari kepada ahli KBP yang datang. Seronok juga melihat belia mandi laut (ramai yang jarang pigi pantai mungkin ni..). Ini juga merupakan satu hadiah kepada ahli KBP yang aktif pada tahun 2006 dan awal tahun 2007..semua pun mau enjoy bah..

Outing Ke Ranau – 23-24 October 2006


Aktiviti ini sudah lama tapi tidak apa, kasi masuk saja…
Satu aktiviti KBP Zon 1 pada hujung 2006 ialah outing ke Desa Cattle, Mesilau dan Hot Spring. Aktiviti ini pada mulanya adalah aktiviti kecil-kecilan sahaja dimana ahli senior KBP sahaja yang mahu pergi. Last-last jadi satu aktiviti KBP Zon 1 pula.

Pada 23 October 2006 kami bertolak dari chapel dan sampai di Kundasang pada jam 10.30 pagi. Di Kundasang, semua peserta mengambil kesempatan membeli makanan dan buah-buahan. Selepas itu, kami menuju ke Desa Cattle Kundasang untuk ke rumah penginapan kami. Sejuk tempat tu. Selepas makan tengahari kami adakan ice breaking dan beberapa games. Malam itu kami ada BBQ serta sedikit aktiviti kerohanian.

Pada pagi 24 October 2006, kami menuju ke Mesilau untuk tujuan jalan-jalan sahaja bah. Tempat tu lagi sejuk. Lepas melawat Mesilau kami ke Ranau Hot Spring….yess mandi air panas bah! Petang itu kami balik ke Penampang mengikuti jalan Ranau Tambunan. Jalan dia memang teruk sampai tidak boleh tidur. Satu pengalaman yang menarik urang bilang…

Penerimaan Salib Belia 29/09/2007


Pada 29 Sept 2007, Belia Parish Penampang menerima Salib Belia dari Stell Maris Tanjung Aru. Acara menyambut salib itu berlansung di perkarangan gereja St. Michael Penampang (perarakan dari area sekolah SM. St. Micheal ke depan gereja). Pada pukul 3 petang rombongan belia dari Stella Maris datang dan mereka disambut oleh pengerusi SYD 2 Penampang Encik Felix Meo. Selepas itu acara berarak ke dean PPC pun bemula. Father Jasrey (sudah berpindah ke Diosis Sandakan) juga ikut serta dalam perarakan tersebut. Salib belia itu dibawa terlebih dahulu ke dewan PPC, disana ada aktiviti sharing dan juga menyanyi.

Tepat jam 6 petang, kami semua terlibat dalam misa kudus dan Salib Belia dibawa masuk. Misa disempurnakan oleh Father Alex Sipanul.

Perayaan 120 Tahun Khabar Gembira Peringkat Zon 1


Dari 17-22 April 2007, Zon 1 Babagon merayakan 120 kedatangan khabar gembira peringkat Zon 1 Babagon. Banyak aktiviti dijalankan oleh Komiti Zon 1 termasuk pameran dan ceramah. Kemuncak perayaan ini diadakan di Dewan St. Peter and Paul Babagon pada 22 April 2007.

Ahli KBP Zon 1 juga mengadakan sedikit aktiviti mencari kewangan dimana kami menjual barang-barang kudus. Kami juga terlibat dalam pesembahan koir.

Paska Zon 1 Babagon April 2007

Pada 8 April 2007, dunia merayakan Pesta Paska dan kami di Zon 1 juga tidak terlepas merayakan Paska. Di masa Paska 2007, KBP membuat beberapa aktiviti menambah kewangan dengan menjual bunga Paska, lilin dan juga cabutan tiket bertuah. KBP perlu kewangan untuk menjalankan aktiviti. Biasanya kewangan diperlukan dalam hal-hal pengangkutan ahli KBP kemana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh TPBP atau Parish Penampang. Bukan murah tambang satu van sekarang ni!

Selepas misa, semua ahli KBP berkumpul di dewan St. Peter and Paul untuk jamuan bersama Father. Alex Sipanul serta mengadakan cabutan tiket bertuah. Purata pendapatan bagi setiap kali KBP menjalankan aktiviti cabutan tiket bertuah ialah RM1,000. Memang memenatkan membuat kerja ini kerana banyak masa dan tenaga digunakan untuk mencari penderma serta membeli barang.

Ada juga kawan-kawan kami dari zon lain yang datang ke pesta ini bagi memeriahkan lagi Paska. Sekali-sekala jalan-jalan tempat orang apa salah kan.

Aktiviti Sukaneka Gabungan 1 - July 2007


Aktiviti terakhir gabungan 1 satu ialah sukaneka dimana ia dibuat di padang Pangansakan Inobong. Ramai belia dari gabungan 1 datang ke sukaneka. Kalau sukan memang ramai yang datang. Setiap Zon dikehendaki menyediakan 2 permainan. Permaianan yang saya pilih ialah jalan susun bata dan ikat belon di kaki dan belia lain akan cuba meletupkanya dengan memijaknya. Penat betul berlari kerana semua tidak mahu belon sendiri dipecahkan. Saya rasa semua ahli KBP dari gabungan satu gembira dengan aktiviti ini.
Ini merupakan aktiviti terakhir belia gabungan 1 dan kami berharap gabungan 1 mampu membuat lebih banyak aktiviti pada masa bulan belia 2009 (2008 saya tidak terlibat, sebab kena buang daerah di Keningau).