Tuesday, August 10, 2010

Father Matteus A. Luta

Kita di Sabah amnya sangat gembira kerana 3 orang 'penuai' Tuhan telah ditabiskan pada 4 August 2010 si Secred Heart Cathedral Kota Kinabalu. Warga daerah Penampang dan Khususnya penduduk Kampung Babagon bergembira kerana Father Matteus berjaya menjadi paderi.
Satu keramaian kesyukuran telah diadakan pada 8 August 2010 di St. Peter and Paul Babagon bagi menyambut kedatangan Father Agustine. Ini juga merupakan misa pertama Father Agustine di St. Peter and Paul. Banyak umat yang datang untuk menyambut serta mengucapkan tahniah kepada Father Matteus. Pemimpin masyarakat seperti Tan Sri Bernard Dompok dan Donald Majuntin juga turut serta dalam aktiviti ini.

Sebelum beliau menerima panggilan Tuhan, kami semua adalah ahli KBP di kampung. Sewaktu dia menjadi Deacon, dia juga terlibat dengan aktiviti KBP kami. Kami bersyukur kerana seorang ahli KBP kampung Babagon telah menyahut panggilan Tuhan.
Kepada Father Matteus...tahniah dan kami bangga dengan anda.