Wednesday, March 18, 2009

Gambar aksi kumpulan 1 - 4 Konsultasi Belia


Bah..saya tinguk ramai pula yang memberikan komen tentang aktiviti belia pada 15 Mac lepas..So, silalah lihat gambar aksi kamu ini (mau masuk friendster bah, tapi tiada masa..sayang bai tu masa bilang belia babagon tu)...
Minta maaflah kio..gambar kumpulan 2 ada kabur sedikit..

Bestkan....
Semua taruk PEACE SIGN saja tu tangan...

Ada yang muka selamba saja walaupun kana suruh buat aksi bila bergambar..mungkin tida biasa...

Tuesday, March 17, 2009

Konsultasi Belia Zon 1 Babagon – 15 March 2009


Akhirnya, aktiviti konsultasi belia peringkat zon 1 berjaya diadakan pada 15 March 2009 bertempat di Chapel Sts. Peter and Paul Babagon. Selepas lawatan konsultasi kami yang ketiga di Kg. Kibunut pada 1 March, kami bercuti selama satu minggu. Lagipun missa di chapel pada 8 March adalah di waktu petang.

Konsultasi kami bermula pada jam 9.30am dan aktiviti memanaskan badan di ketuai oleh saudari Flevia. Aktiviti memanaskan badan yang saya maksudkan ialah menyanyi actions song. Semua pusing kiri, pusing kanan dan bertepuk tangan…enjoy nyanyi katakan. Seramai 68 peserta dari Kg. Kipouvo dan Kg. Kibunut yang terlibat dalam konsultasi ini dan juga macam biasalah perempuan yang lebih ramai. Terima kasih kepada KBP Kg. Kipouvo dan Kg. Kibunut yang dapat menghantar wakil. Kg. Timpangoh tidak dapat menghantar wakil disebabkan mereka ada missa jam 10.00am.

Tepat jam 10.00am kami memulakan konsultasi dimana doa pembukaan dijayakan oleh pengerusi KBP iaitu saudara Marcellus. Ini disusuli dengan penerangan tentang makna konsultasi dan penambahan sedikit oleh saya jugalah…Kami membahagikan peserta kepada 4 kumpulan. Masing-masing bergumpul dan membincangan masalah, kekuatan/talenta dan harapan/keinginan belia di Zon 1 Babagon. Agak menyeronokan melihat telatah perserta membuat pembentangan..ada yang nerves, ada yang confident, ada yang memberi ceramah panjang lebar dan juga malu-malu. Ini adalah pentas membentuk KBP pelapis orang bilang…kalau tidak buat macam ini sampai bila-bila pun kami tiada penganti nanti.
Pengerusi Komiti Zon 1 juga memberikan sedikit kata dua kepada para peserta tentang peranan belia selepas aktiviti konsultasi ini tamat. Biasalah, selepas tamat aktiviti konsultasi, aktiviti mengambil gambar berjalan dan seterusnya makan mee hun goreng yang disediakan.

Saya, pada pandangan peribadi adalah berasa amat gembira kerana ramai belia yang menyahut cabaran Father. Jalius sewaktu missa untuk mengikuti aktiviti ini. So itulah timbul 68 orang. Sampai makanan pun hampir tidak cukup. Kami terpaksa makan mee sup dekat sungai Babagon kerana lapar...makan "kotut" ayam lagi si Flevia belanja..

Kami berharap dengan berakhirnya konsultasi ini, KBP Zon 1 mampu merancang aktiviti untuk keperluan belia di Zon 1 Babagon. Rata-rata harapan/kemahuan adalah seperti lawatan, camping, konsert dan retreat. Apapun, semua ini perlukan perancangan yang teliti kerana ini tentu melibatkan masa dan kewangan. Pada pandangan saya, aktiviti yang boleh dijalankan waktu terdekat ini ialah ceramah berkaitan peranan belia di gereja. Macam ramai yang tidak jelas tentang ini lagi.

Tuesday, March 3, 2009

Jadual Retreat di Putri karmel ( March - June 09)

Ini adalah jadual retreat yang saya ambil dari web Kongresrasi Putri Karmel dan Brother CSE

6–8 MAC
Retreat Mengatasi Kelemahan

Membantu seseorang untuk mengenal dosa-dosa pokok yang mengikat jiwanya dan melemahkan kepribadiannya dan menerima Sakramen Pengampunan dan untuk membebaskannya.

19-22 MAC
KEM BELIA

Memberi perhatian khusus bagi belia sehingga mereka dapat mengalami kasih Tuhan secara mendalam dan diperbaharui hidupnya, supaya dapat diarahkan untuk menjadi tiang-tiang Gereja dan garam dan terang bagi sesama.

24-26 APRIL
Retreat Penyembuhan Pohon Keluarga

Membantu keluarga-keluarga yang mempunyai masalah dari ikatan-ikatan dosa keturunan, meninggal tidak wajar atau diganggu dari kuasa kegelapan serta penyakit keturunan, supaya disembuhkan, dibebaskan dan dipatahkan dari segala gangguan mulai dari nenek moyang.

1-3 MEI
Retreat Penyembuhan Batin

Membantu seseorang untuk mengenali pengalaman-pengalaman pahit di masa lampaunya dan memohon kepada Tuhan Yesus untuk menyembuhkannya, supaya menjadi lebih bebas dari ikatan-ikatan luka-luka batinnya itu dan berkeperibadian lebih menarik.

29-31 MEI
Retreat Karunia Roh Kudus

Membantu seseorang untuk mengenali karunia –karunia Roh Kudus dan menggunakannya dalam melayani Tuhan dan sesama secara lebih efektif.

5-7 JUN
Retreat Doa

Membantu untuk mempelajari beberapa metode cara-cara berdoa dan memahami doa yang berkenan di hadapan Allah, serta bagaimana untuk dapat berdoa setiap waktu.

19-21 JUN
Retreat Penyelenggaraan Ilahi

Membantu untuk semakin mengenali rencana dan kehendak Tuhan dalam setiap peristiwa hidupnya dan bagaimana menjalani hidup ini dengan penuh kebahagiaan seturut bimbingan Tuhan.

Kepada sesiapa yang berminat, silalah selalu berhubung dengan Saudari Flevia Johnny atau Saudara Marcellus Marcus. Diorang selalu pergi sana tu...

Anda juga boleh mencari lebih banyak maklumat dengan melayari web Putri Karmel di www.holytrinitycarmel.com/sabah/ atau email mereka di pkarmsbh@yahoo.co.uk

Monday, March 2, 2009

Apakah Peranan Belia?

Dalam proses melawat dan menjayakan Konsultasi Belia baru-baru ini, saya dapati kebanyakan belia tidak berapa jelas tentang peranan mereka dalan aktiviti gereja. Ini menyebabkab ada belia yang tidak mahu terlibat dalam aktiviti gereja dan kerohanian.

Pada pandangan saya, belia atau insan di dunia ini mempunyai tiga peranan yang penting;

1.Peranan kepada Pencipta
2.Peranan kepada diri sendiri (contoh: pengetahuan, kesihatan tubuh badan)
3.Peranan kepada keluarga (Contoh: ibubapa/suami/isteri/anak)

Peranan kita sebagai belia boleh dirumuskan dalam kisah pengajaran di atas bukit (sermon on the hill), Injil Matius 5:13-16 menyatakan kita adalah terang dan garam dunia. Dalam dunia ini, tiada siapa yang sempurna, semua orang membuat dosa, ada juga orang yang tidak bernasib baik dan ada orang yang cacat. Jadi kita sebagai Terang dan Garam berfungsi di sini sebagai penerang dan “penambah perisa” kehidupan orang lain.

Dalam konteks pelayanan gereja, belia harus mengunakan kurnia yang ada pada diri masing-masing (kebolehan menyanyi, mengajar, bermain muzik, berlakon dll.) menyanyi mazmur, koir, gotong-royong, mengendalikan sekolah minggu dan banyak lagi. Aktiviti lawatan ke rumah orang tua-tua dan anak yatim merupakan satu aktiviti yang dapat mengembirakan orang lain serta Tuhan Pencipta sendiri.

Kepada semua belia, jangan takut untuk melayani gereja atau apa-apa aktiviti berkaitan dengan gereja. Tiada orang yang benar-benar sempurna di sini tetapi kita belajar dan selalu berdoa dengan Tuhan agar kita diberi keberanian dan kebijaksanaan. Menjadi Terang dan Garam banyak kelebihan dia..dapat pahala bah.

Saya juga ada membaca tentang petikan Matius 5: 13-16 ini dalam satu web Indonesia, kamu boleh baca penerangan dia dan “hadiah” yang bakal anda dapat - http://yanaka20.wordpress.com/2008/04/15/menjadi-garam-dan-terang-dunia-firman-matius-5-13-16/

Konsultasi Belia Kg. Kibunut - 1 Mac 09


Konsultasi Belia Kg. Kinubut telah diadakan pada 1 March 2009. Seramai 25 orang belia Kg. Kibunut telah menghadiri Konsultasi ini dengan dipimpin oleh saudara Wesly. Kami mengikuti sembayang minggu yang bermula pada jam 7.30am dan yang datang awal tu..biasalah..saya, Jack, Louis dan Flevia. Mercellus dan Sonny (dengan kawannya) datang selepas missa di St. Peter and Paul Babagon.

Kami memulakan Sesi penerangan tentang konsultasi pada 9.00am diikuti dengan sesi pertama selepas 10 minit. Belia di Kg. Kibunut memberikan kerjasama dengan setiap sesi pasti diiringi oleh lawak jenaka mereka. Tambahan pula setiap bengkel dapat disiapkan dalam jangkasama yang lebih singkat (bengkel pertama saja panjang..banyak masalah bah..).

Jam 11.10am kami pun mengakhiri sesi konsultasi belia di Kg. Kibunut. Selepas ucapan pengerusi GTKK sana (panjang lebar dia punya penerangan, harap belia Kg. Kibunut dapat menghayati apa yang dia sampaikan kio…). Lepas ucapan dan doa penutup oleh Kordinator KBP Zon 1, kami apalagi..makan mee goreng yang disediakan oleh Kbp dari Kg. Kibunut. Puasa punya pasal makan pun sikit lah konon..inda habis mee goreng lagipun ada yang balik tanpa makan mee itu pun.