Tuesday, September 21, 2010

Barisan Komiti Pastoral Zon 1 dan Komiti Kewangan Zon 1 Babagon

Ini merupakan barisan Komiti Pastoral Zon 1 Babagon bagi sesi 2010-2012.

Pengerusi : Pn. Anne Lasimbang
Tim. pengerusi : En. Thaeddeus Gonsuin @ Samy
Setiausaha : Pn. Juliana Dumpil
Tim. setiahusaha : En. Jeffrey Goluis

AJK:
1. Pn. Cecilia
2. Pn. Hainie Tunding
3. En. Dominic Murin
4. Pn. Mathilda Gambaris
5. Pn. Emma Gantasing
6. En. Benjamin Suling
7. En. Paulus John
8. En. Francis Chan
9. Pn. Petronella Apuk

Bagi Komiti Kewangan Zon 1 Babagon bagi sesi 2010-2012

Pengerusi : En. Roger Sampil
Tim. pengerusi : Pn. Hilda Golud
Setiausaha : En. Paul Masabal
Tim. setiausaha : En. Julius Gupok
Bendahari : En. Clive M. Gasan
Wakil:
1. Kampung Babagon : En. Martin Ingkangu
2. Kampung Timpangoh : En. Phillip Sida
3. Kampung Kibunut : Pn. Regina Pius (akan disahkan kemudian)
4. Kampung Kipouvo : Dr. Felix Tongkul

Tuesday, August 10, 2010

Father Matteus A. Luta

Kita di Sabah amnya sangat gembira kerana 3 orang 'penuai' Tuhan telah ditabiskan pada 4 August 2010 si Secred Heart Cathedral Kota Kinabalu. Warga daerah Penampang dan Khususnya penduduk Kampung Babagon bergembira kerana Father Matteus berjaya menjadi paderi.
Satu keramaian kesyukuran telah diadakan pada 8 August 2010 di St. Peter and Paul Babagon bagi menyambut kedatangan Father Agustine. Ini juga merupakan misa pertama Father Agustine di St. Peter and Paul. Banyak umat yang datang untuk menyambut serta mengucapkan tahniah kepada Father Matteus. Pemimpin masyarakat seperti Tan Sri Bernard Dompok dan Donald Majuntin juga turut serta dalam aktiviti ini.

Sebelum beliau menerima panggilan Tuhan, kami semua adalah ahli KBP di kampung. Sewaktu dia menjadi Deacon, dia juga terlibat dengan aktiviti KBP kami. Kami bersyukur kerana seorang ahli KBP kampung Babagon telah menyahut panggilan Tuhan.
Kepada Father Matteus...tahniah dan kami bangga dengan anda.

Thursday, February 18, 2010

Ash Wednesday - A Day of Repentence

Umat Katolik seluruh dunia merayakan Hari Rabu Abu dan di Sabah khasnya merayakannya pada 16 atau 17 Feb (bergatung kepada paderi kawasan).
Untuk umat Katolik, Hari Rabu Abu menandakan permulaan puasa (Lent). Puasa ini berjalan selama 40 hari sehingga kebangkitan Yesus pada Easter/Paska. Masa inilah kita merenung hubungan kita dengan Tuhan serta berbuat amal selain puasa makan (juga makan daging). Saya rasa adalah penting menentukan apa yang perlu dicapai sebelum kedatang Easter (contoh - banyak berdoa, pergi ke gereja dan terlibat dalam kerja amal)
Bercakap tentang abu yang digunakan pada Hari Rabu Abu. Begini, daun palm yang digunakan pada hari minngu palm tahun sebelumnya dibakar dan diambli abunya (kitaran ini sama setiap tahun). Abu itu akan dicampur dengan air suci dan akan digunakan pada Hari Rabu Abu.
Kepada belia Zon 1, sama-sama lah kita melaksanakan puasa 40 hari ini dengan iman yang kuat.

source - http://catholicism.about.com/od/holydaysandholidays/p/Ash_Wednesday/htm

Happy Valentine @ St. Valentine

Selamat Hari Valentine! Ini merupakan ucapan yang diungkapkan kepada pasangan pada 14Februari setiap tahun. Kepada yang hangat bercinta, ini masanya mereka menunjukkan ketulusan cinta masing-masing dan kepada pasangan yang sudah berkhawin pula adalah masa mengeratkan tali perkawinan. Selain itu, ada pasangan yang bertukar-tukar hadiah pada masa ini.
Kenapa kita merayakan Hari Valentine? Tarikh 14 Februari adalah untuk memperingati kematian St. Valentine. Tarikh 14 Februari ini diasaskan oleh Pope Gelasisus I pada tahun 496 sebagai tarikh memperingati pemergian St. Valentine. Siapakah St. Valentine ini? Dia dikenali sebagai Padeti Valentio pada mulanya dan dia dihukum pancung kerana dia menolong mengawin-kan pasangan Kristian serta menolong umat Kristian pada masa pemerintahan Claudius II (Rom pada masa itu mengamalkan agama Pagan). Dia dihukum pancung di Pintu Flaminian pada 14 Februari.
Paderi Valentio telah menunjukkan kasih saying, erti cinta kasih serta memperjuangkan erti perkhawinan daripada di perkotak-katikan oleh pemerintah Rom.
Erti Hari Valentine ini amat mendalam, jadi jangan sia-sia pengorbanan St. Valentine dengan membuat hal-hal yang terkutuk pada masa itu.

Source – http://en.wikipedia.org/wiki/Saint_Valentine dan http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/2/11focus/5643904&sec=focus