Tuesday, April 28, 2009

Sugandoi Kaamatan Parish Penampang

Kita akan meraihkan Kaamatan peringkat parish pada 1 May 2009 di St. Martin Moyog. St. Martin merupakan tuan rumah pesta Kaamatan peringkat parish Penampang pada tahun 2009 ini.

Sebelum menyambut pesta Kaamatan ini, pihak penganjur telah mengadakan beberapa aktiviti berupa sukan tradisi dan pertandingan Sugandoi. Setiap zon di bawah parish Penampang akan menghantar wakil untuk sukan tradisi dan Sugandoi yang diadakan pada 25 April 09. Dan, untuk pertandingan Sugandoi, zon 1 telah menghantar penyertaan dimana persertanya adalah rata-rata wakil dari KBP. Ada juga penyertaan dari bekas ahli KBP dimana ini merupakan kesinambungan pelayanan mereka.

Pada 25 April lalu mereka telah berentap dengan peserta sugandoi dari zon lain, walaubagaimanapun, team dari zon 1 hanya mendapat hadiah saguhati. Tahniah untuk mereka dan kita mahu mereka mencuba lagi tahun depan dan jangan putus asa untuk mencuba.

Wednesday, April 15, 2009

Happy Belated Easter

Hallo samua..Happy Belated Easter..terlambat pula wish you all kan. Bah sebelum petang Easter KBP Zon 1 ada membuat atau terlibat dalam beberapa aktiviti ni…Satu daripadanya ialah mengikuti Jalan Salip mendaki bukit “Kalvari’ Babagon. Aktiviti seterusnya ialah aktiviti menambah kewangan KBP (mau kurang sudah duit kita ni).

Ini dia sedikit cerita berkaitan dengan aktiviti tu…

10 April 2009

Seawal jam 7.00am ada sudah umat yang bersedia di kaki bukit “Kalvari” Babagon. Saya ingat ada lebih kurang 20-25 orang belia Zon 1 yang datang (kalau lebih kasi tau kio..). Susah bah mau mendaki bukit tu…sudahlah curam, licin lagi tu sebab banyak daun getah kering. Tapi seingat saya tiada yang jatuh atau kana sengat “moningot” lah..dulu ada juga tu...kesian..

Jam 8.30am macam tu sampailah kami di perhentian terkakhir..selepas sembayang akhir dan pengumuman dari pengerusi, aktiviti bergambar bermula. Saya pun tidak sempat bergambar sebab ramai yang suruh saya ambil gambar pula. Harap-harap Kilur ada dapat gambar…
<
11 dan 12 April 2009

Dari 11 hingga 12 April, KBP menjual bunga untuk menambah tambung KBP yang semakin mengecut.…Kalau buat jualan tiket bertuah tu...tatap kaya punya. Lain kali lah sebab banyak sudah buat cabutan tiket bertuah bah…Pada petang 11 April 09 KBP juga menjual lilin (kana sapu habis bah)…untung pun sikit lah tapi yang penting ada jualan.
Harap-harap Kilur dapat bagi tu gambar semasa kami menjual bunga supaya saya boleh kasi masuk dalam ini blog…