Tuesday, July 14, 2009

Seminar Kepimpinan, Lomunu Club House - 29-31 Mei 2009

Apa bah ini Seminar Kepimpinan ini? Aha, ini adalah aktiviti gabungan KBP Zon 1 & 13 dengan PACOS TRUST. Setiap kampung dalam Zon 1 dan 13 ada menghantar wakil ke seminar ini (minta maaf lah sebab tidak tahu nama-nama peserta). Orang-orang kuat yang menjayakan seminar ini adalah seperti Puan Christina, Saudara Marcellus, Saudara Flevia dan ahli rajin dari KBP dari Kg. Madsiang. Para penceramah datang dari PACOS dan juga wakil TPBP seperti Puan Anne Lasimbang dan Saudara Julianus.

KBP benar-benar beruntung kerana ada aktiviti ini. Pada ingatan saya, satu daripada objectif seminar ini adalah untuk membentuk pemimpin belia di masa-masa akan datang. Lagipun rata-rata peserta adalah di dalam lingkungan umur 17 tahun. Jadi ini adalah pentas terbaik untuk melatih mereka untuk memimpin.
.

Aktiviti-aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam itu adalah seperti praise and worship, ceramah, perkonsian….. Aktiviti ini meliputi kerohanian, pendalaman isu berkaitan kepimpinan, dan praktikal tentang menjadi pemimpin. Contohnya ada ahli yang dikhaskan untuk memimpin praise and workhip serta games, dan pada saya ini adalah satu peluang untuk menunjukan kebolehan memimpin. Saya harap selepas ini, KBP di Zon 1 dan Zon 13 tidak malu-malu untuk memimpin atau menunjukkan semangat kepimpinan apabila diperlukan