KBP benar-benar beruntung kerana ada aktiviti ini. Pada ingatan saya, satu daripada objectif seminar ini adalah untuk membentuk pemimpin belia di masa-masa akan datang. Lagipun rata-rata peserta adalah di dalam lingkungan umur 17 tahun. Jadi ini adalah pentas terbaik untuk melatih mereka untuk memimpin.
.
Aktiviti-aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam itu adalah seperti praise and worship, ceramah, perkonsian….. Aktiviti ini meliputi kerohanian, pendalaman isu berkaitan kepimpinan, dan praktikal tentang menjadi pemimpin. Contohnya ada ahli yang dikhaskan untuk memimpin praise and workhip serta games, dan pada saya ini adalah satu peluang untuk menunjukan kebolehan memimpin. Saya harap selepas ini, KBP di Zon 1 dan Zon 13 tidak malu-malu untuk memimpin atau menunjukkan semangat kepimpinan apabila diperlukan