Wednesday, December 31, 2008

Membersihkan dan mencantikan Groto - Jul 2007


Aktiviti ketiga gabungan 1 memang memenatkan. Apa tidak kena berpanas untuk membersihkan groto St. Peter and Paul Babagon. Groto ini memang setiap tahun akan dibersihkan oleh KBP Zon 1 Babagon sendiri. Memandangkan ahli KBP zon lain mahu melawat, maka inilah dia akibatnya. Kami mencabut rumput-rumput dan mengecat semula groto supaya ia nampak lebih cantik. Kesian budak-budak tu berpanas.

Beberapa ahli KBP dari gabungan lain datang menjenguk kami seperti Felix Meo dan Milford dari Tombovo. Selepas aktiviti mencantikan groto, ahli KBP dijamu minum air kelapa (saya lagi yang panjat tu).

Aktiviti seterusnya ialah aktiviti mandi sungai Babagon. Semua menunggu saat ini setelah berpeluh dan berpanas membersihkan groto. Sebelum mandi sungai, kami mengadakan jamuan kecil-kecilan bagi mengisi perut. Lepas tu..mandiiiii.

No comments:

Post a Comment