Sebelum menyambut pesta Kaamatan ini, pihak penganjur telah mengadakan beberapa aktiviti berupa sukan tradisi dan pertandingan Sugandoi. Setiap zon di bawah parish Penampang akan menghantar wakil untuk sukan tradisi dan Sugandoi yang diadakan pada 25 April 09. Dan, untuk pertandingan Sugandoi, zon 1 telah menghantar penyertaan dimana persertanya adalah rata-rata wakil dari KBP. Ada juga penyertaan dari bekas ahli KBP dimana ini merupakan kesinambungan pelayanan mereka.
Pada 25 April lalu mereka telah berentap dengan peserta sugandoi dari zon lain, walaubagaimanapun, team dari zon 1 hanya mendapat hadiah saguhati. Tahniah untuk mereka dan kita mahu mereka mencuba lagi tahun depan dan jangan putus asa untuk mencuba.
No comments:
Post a Comment