Thursday, February 18, 2010

Happy Valentine @ St. Valentine

Selamat Hari Valentine! Ini merupakan ucapan yang diungkapkan kepada pasangan pada 14Februari setiap tahun. Kepada yang hangat bercinta, ini masanya mereka menunjukkan ketulusan cinta masing-masing dan kepada pasangan yang sudah berkhawin pula adalah masa mengeratkan tali perkawinan. Selain itu, ada pasangan yang bertukar-tukar hadiah pada masa ini.
Kenapa kita merayakan Hari Valentine? Tarikh 14 Februari adalah untuk memperingati kematian St. Valentine. Tarikh 14 Februari ini diasaskan oleh Pope Gelasisus I pada tahun 496 sebagai tarikh memperingati pemergian St. Valentine. Siapakah St. Valentine ini? Dia dikenali sebagai Padeti Valentio pada mulanya dan dia dihukum pancung kerana dia menolong mengawin-kan pasangan Kristian serta menolong umat Kristian pada masa pemerintahan Claudius II (Rom pada masa itu mengamalkan agama Pagan). Dia dihukum pancung di Pintu Flaminian pada 14 Februari.
Paderi Valentio telah menunjukkan kasih saying, erti cinta kasih serta memperjuangkan erti perkhawinan daripada di perkotak-katikan oleh pemerintah Rom.
Erti Hari Valentine ini amat mendalam, jadi jangan sia-sia pengorbanan St. Valentine dengan membuat hal-hal yang terkutuk pada masa itu.

Source – http://en.wikipedia.org/wiki/Saint_Valentine dan http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/2/11focus/5643904&sec=focus

No comments:

Post a Comment