Monday, March 2, 2009

Konsultasi Belia Kg. Kibunut - 1 Mac 09


Konsultasi Belia Kg. Kinubut telah diadakan pada 1 March 2009. Seramai 25 orang belia Kg. Kibunut telah menghadiri Konsultasi ini dengan dipimpin oleh saudara Wesly. Kami mengikuti sembayang minggu yang bermula pada jam 7.30am dan yang datang awal tu..biasalah..saya, Jack, Louis dan Flevia. Mercellus dan Sonny (dengan kawannya) datang selepas missa di St. Peter and Paul Babagon.

Kami memulakan Sesi penerangan tentang konsultasi pada 9.00am diikuti dengan sesi pertama selepas 10 minit. Belia di Kg. Kibunut memberikan kerjasama dengan setiap sesi pasti diiringi oleh lawak jenaka mereka. Tambahan pula setiap bengkel dapat disiapkan dalam jangkasama yang lebih singkat (bengkel pertama saja panjang..banyak masalah bah..).

Jam 11.10am kami pun mengakhiri sesi konsultasi belia di Kg. Kibunut. Selepas ucapan pengerusi GTKK sana (panjang lebar dia punya penerangan, harap belia Kg. Kibunut dapat menghayati apa yang dia sampaikan kio…). Lepas ucapan dan doa penutup oleh Kordinator KBP Zon 1, kami apalagi..makan mee goreng yang disediakan oleh Kbp dari Kg. Kibunut. Puasa punya pasal makan pun sikit lah konon..inda habis mee goreng lagipun ada yang balik tanpa makan mee itu pun.

No comments:

Post a Comment