Monday, March 2, 2009

Apakah Peranan Belia?

Dalam proses melawat dan menjayakan Konsultasi Belia baru-baru ini, saya dapati kebanyakan belia tidak berapa jelas tentang peranan mereka dalan aktiviti gereja. Ini menyebabkab ada belia yang tidak mahu terlibat dalam aktiviti gereja dan kerohanian.

Pada pandangan saya, belia atau insan di dunia ini mempunyai tiga peranan yang penting;

1.Peranan kepada Pencipta
2.Peranan kepada diri sendiri (contoh: pengetahuan, kesihatan tubuh badan)
3.Peranan kepada keluarga (Contoh: ibubapa/suami/isteri/anak)

Peranan kita sebagai belia boleh dirumuskan dalam kisah pengajaran di atas bukit (sermon on the hill), Injil Matius 5:13-16 menyatakan kita adalah terang dan garam dunia. Dalam dunia ini, tiada siapa yang sempurna, semua orang membuat dosa, ada juga orang yang tidak bernasib baik dan ada orang yang cacat. Jadi kita sebagai Terang dan Garam berfungsi di sini sebagai penerang dan “penambah perisa” kehidupan orang lain.

Dalam konteks pelayanan gereja, belia harus mengunakan kurnia yang ada pada diri masing-masing (kebolehan menyanyi, mengajar, bermain muzik, berlakon dll.) menyanyi mazmur, koir, gotong-royong, mengendalikan sekolah minggu dan banyak lagi. Aktiviti lawatan ke rumah orang tua-tua dan anak yatim merupakan satu aktiviti yang dapat mengembirakan orang lain serta Tuhan Pencipta sendiri.

Kepada semua belia, jangan takut untuk melayani gereja atau apa-apa aktiviti berkaitan dengan gereja. Tiada orang yang benar-benar sempurna di sini tetapi kita belajar dan selalu berdoa dengan Tuhan agar kita diberi keberanian dan kebijaksanaan. Menjadi Terang dan Garam banyak kelebihan dia..dapat pahala bah.

Saya juga ada membaca tentang petikan Matius 5: 13-16 ini dalam satu web Indonesia, kamu boleh baca penerangan dia dan “hadiah” yang bakal anda dapat - http://yanaka20.wordpress.com/2008/04/15/menjadi-garam-dan-terang-dunia-firman-matius-5-13-16/

1 comment: