Monday, January 5, 2009

SYD 2 di Ranau – 19-22 Ogos 2008


32 orang ahli KBP dari Zon 1 Babagon telah mengikuti SYD 2 yang bertempat di Ranau. Penyertaan ini agak ramai dan saya difahamkan ia lebih banyak yang pergi kali ini dari SYD 1 di Keningau. Strategi kami ialah yuran kenderaan akan dibayar oleh Komiti dan KBP Zon 1 sendiri serta promosi yang awal. Penyertaan dari KBP Kg. Kipouvo paling ramai iaitu seramai 15 orang.

Saya pasti ramai belia ini tertunggu-tunggu akan kedatangan SYD 2 setelah mendengarnya dari kawan-kawan dan promosi yang dijalankan oleh Komiti SYD 2 Penampang. Bermula dari penerimaan Salib belia hinggalah promosi dari chapel ke chapel oleh Komiti SYD 2.

Pada 19 Ogos 2008, peserta SYD 2 Penampang berkumpul di Kompleks Sukan Penampang untuk taklimat terakhir dan kemudian menaiki bas ke Ranau. Banyak bas dia, saya ingat lebih 10 buah..Semua peserta nampak gembira kerana bakal ke Ranau untuk berkongsi kasih Tuhan.

Di Ranau, saya difamkan setiap peserta perempuan akan tinggal di rumah keluarga angkat manakala lelaki tinggal di dewan (betul bah kan…). Saya difahamkan juga terdapat acara debat, tematik, doa, praise and worship..uhhh..enjoy diurang ni.
Pada 22 Ogos 2008, semua peserta balik dari SYD 2 dengan hati yang gembira…saya dingar SYD 3 empat tahun dari sekarang akan diadakan diiii…TAMBUNAN. Uiii..dakat saja tu…

3 comments:

  1. Ni semua diambil dari koleksi gambar adik saya ni...

    ReplyDelete
  2. syd 2 best,,,plg best..ada muka sa..hehehe

    ReplyDelete
  3. Ada banyak gambar SYD dlm FS saya..hehee..ngam la tu! Marilah kita pigi SYD ke-3 di Tambunan..best owh..rugi kalo x pigi!!! hahahaa...

    ReplyDelete