Friday, January 2, 2009

Outing Ke Ranau – 23-24 October 2006


Aktiviti ini sudah lama tapi tidak apa, kasi masuk saja…
Satu aktiviti KBP Zon 1 pada hujung 2006 ialah outing ke Desa Cattle, Mesilau dan Hot Spring. Aktiviti ini pada mulanya adalah aktiviti kecil-kecilan sahaja dimana ahli senior KBP sahaja yang mahu pergi. Last-last jadi satu aktiviti KBP Zon 1 pula.

Pada 23 October 2006 kami bertolak dari chapel dan sampai di Kundasang pada jam 10.30 pagi. Di Kundasang, semua peserta mengambil kesempatan membeli makanan dan buah-buahan. Selepas itu, kami menuju ke Desa Cattle Kundasang untuk ke rumah penginapan kami. Sejuk tempat tu. Selepas makan tengahari kami adakan ice breaking dan beberapa games. Malam itu kami ada BBQ serta sedikit aktiviti kerohanian.

Pada pagi 24 October 2006, kami menuju ke Mesilau untuk tujuan jalan-jalan sahaja bah. Tempat tu lagi sejuk. Lepas melawat Mesilau kami ke Ranau Hot Spring….yess mandi air panas bah! Petang itu kami balik ke Penampang mengikuti jalan Ranau Tambunan. Jalan dia memang teruk sampai tidak boleh tidur. Satu pengalaman yang menarik urang bilang…

No comments:

Post a Comment