Friday, January 23, 2009

Carols by Candelight - 20 Dec 08


Pada 20 December 2008 TPBP menanjurkan aktiviti tahunan sebelum Krismas iaitu Carols by Candelight. Tombovo diamanahkan untuk menjadi tuan rumah aktiviti ini pada 2008. Kami hanya sempat praktis 2 hari untuk lagu yang diberikan kepada kami. Lagu kami ialah ‘GLORIA”.

Dari zon 1 Babagon, saya angarkan lebih 45 orang ahli KBP yang ikut serta. Ramai yang ikut last minit..bah macam biasalah kan.. Tapi ini adalah petanda baik yang ahli KBP masih dahagakan aktiviti seperti ini.
Kami bertolak dari Babagon pada jam 4.15 petang. Tiga van penuh, 2 kancil serta kereta saya pergi ke Tombovo..nasib baik muat semua, kalau tidak ada yang menangis inda dapat pergi.

Kami mengikuti missa jam 5pm di Tombovo dimana ialah disempurnakan oleh Father Alex. Separuh dari kami lepak di luar sebab di dalam chapel sudah penuh. Yang dapat masuk awal tu dapatlah tempat duduk. Yang diluar terpaksa duduk atas rumput sebab inda cukup kerusi…

Jam 7 malam, Carols by Candelight pun bermula. Zon 1 adalah penyanyi ke-10. Inda ada gitar lagi (last year pun macam tu). Di kiri kami ialah Zon 2 Inobong dan kanan ialah Zon 13 Moyog. Saya rasa semua menyanyi dengan penuh semangat…! Selepas semua Zon mempersembahkan lagu masing-masing, kami ke dewan untuk mendengar zon mana yang akan menjadi tuan rumah tahun depan. Tuan rumah tahun depan ialah “ZON 3 KOLOPIS”. Belum lagi saya menjejakkan kaki ke gereja Kolopis ni.

Aktiviti yang ditunggu-tunggu ialah aktiviti makan. Semua zon ada menyediakan makanan untuk ahli KBP masing-masing. Kami masak mihun goreng untuk ahli KBP zon 1. Itupun makanan yang disediakan tidak cukup. Kesian gia…

Semua gambar ini saya dapat dalam friendster sonny Ryan@yoyou...

No comments:

Post a Comment