Friday, January 2, 2009

Penerimaan Salib Belia 29/09/2007


Pada 29 Sept 2007, Belia Parish Penampang menerima Salib Belia dari Stell Maris Tanjung Aru. Acara menyambut salib itu berlansung di perkarangan gereja St. Michael Penampang (perarakan dari area sekolah SM. St. Micheal ke depan gereja). Pada pukul 3 petang rombongan belia dari Stella Maris datang dan mereka disambut oleh pengerusi SYD 2 Penampang Encik Felix Meo. Selepas itu acara berarak ke dean PPC pun bemula. Father Jasrey (sudah berpindah ke Diosis Sandakan) juga ikut serta dalam perarakan tersebut. Salib belia itu dibawa terlebih dahulu ke dewan PPC, disana ada aktiviti sharing dan juga menyanyi.

Tepat jam 6 petang, kami semua terlibat dalam misa kudus dan Salib Belia dibawa masuk. Misa disempurnakan oleh Father Alex Sipanul.

No comments:

Post a Comment