Monday, January 5, 2009

Mini Youth Camp – 15-16 September 2007

Ini adalah aktiviti kerohanian terbesar kami buat untuk ahli KBP Zon 1dan Zon 13. Lama sudah kami plan ini aktiviti. Kami buat aktiviti ini di Pace Bane Kg. Purak Papar. Sister yang mengalu-alukan kedatangan kami ialah Sister Lawrencia Gompok. Peramah sister ni. Keluarga dia ni ada satu father dan nama dia Father Valentine Gompok (father ni based di Cheras KL, saya biasa dengar homili dia waktu saya kerja di KL). Dan, satu lagi ahli keluarga dia aktif dalam pelayanan, iaitu Bro. Herbertus Gompok yang juga merupakan penceramah kedua kami. Tema Mini Youth Camp kami ialah : Lakukanlah Segala Pekerjaanmu Dalam Kasih. 2 Korintus 16:14. Tujuan kami ialah mendalami pesan Bapa Suci di tahun 2007 (Sama seperti Aku telah mengasihi kamu, demikian pula kamu harus saling mengasihi – Yohanes 13: 34). Dalam perancangan kami hanya 30 orang belia sahaja yang akan datang ke Mini Youth Camp ni memandangkan promosi hanya sebulan sahaja. 1 minggu lagi ke camp ni makin ramai pula ahli KBP yang mahu menyertai. Saya difahamkan, on the last day mau pergi itu camp pun ada yang datang (waktu tu saya ada miting di Papar). Ada satu orang KBP dari Zon 2 yang ikut kami. Bah bagus juga lah kan…Peserta yang confirm yang datang untuk itu camp ialah 52 orang. God Bless because kami tidak expect macam itu ramai yang datang. Sampai di Pace Bane, peserta di berikan bilik masing-masing dan selepas itu komiti membuat ice breaking dan cabutan guardian angel.Selepas makan tengahari kami adakan aktiviti praise and worship dimana dipimpin oleh Cik. Flevia dan Widy Marius@Gumi dan muzik oleh Marcellus. Selepas itu, kami adakan aktiviti kumpulan 1 (dipimpin oleh saya). Pada pukul 4 begitu aktiviti kami tamat dan semua bersedia untuk ke misa kudus oleh Father. Joseph Dapoz pada jam 6.00 petang. Oii..lama tidak mendengar Father. Joseph Dapoz buat homili. Selepas misa dan makan malam, kami adakan ceramah dan penceramah kami ialah Sister Judith dari Limbahau Papar. Ceremah beliau bertajuk Pelayanan Oleh Belia dan Cabaranya. Beliau menyatakan pelayanan belia banyak di”ganggu” oleh budaya kuning dari barat dan belia terjerumus ke kancah dadah dan hubungan seks sebelum kahwin (intipati yang saya dapat..hehehe). Ke-esokan harinya, kami adakan memory refreshing tentang apa yang telah dipelajari hari berikutnya. Selepas itu kami jalankan aktiviti kumpulan 2 dan 3. Dalam aktiviti kumpulan ini, semua peserta akan mengadakan bersaing dalam games dan selepas games itu kami membincangkan moral dan kaitannya dengan ajaran kasih. Susah juga buat presentation dia ni, banyak yang mahu jawab soalan kerana ada hadiah mah… Jam 10.30 pagi penceramah kami yang ke-2 iaitu Bro. Herbertus tiba dan ceramah beliau bertajuk Kasih – Kenapa Ia Penting Dan Apakah Ganjarannya? (1 Korintus 13: 1-13). Beliau telah berkonsi dengan kami pelayanan beliau di Kota Marudu, Stella Maris dan juga sekolah-sekolah lamanya. Agak melucukan ceramah beliau kerana dia memang kelakar lah…Lepas ceramah kami pun bergambar bersama. Selepas makan tengahari kami adakan aktiviti bertukar-tukar hadiah dengan guardian angel masing-masing. Best juga. Selepas itu kami bergambar beramai-ramai di depan Pace Bane Centre dengan Sister. Lawrencia. Jam 2 petang kami bersiap-sedia untuk pulang.

1 comment: